assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Saya Wan Mohd Shobri selaku Presiden MSAJ bahagian Hokuriku terlebih dahulu ingin mengucapkan tahniah kepada junior-junior yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Jepun pada hujung bulan Mac ini.Saya berharap agar saudara dan saudara dapat sampai ke tempat pengajian masing-masing dengan selamat.Saya berharap agar saudara dan saudari dapat menggunakan peluang ini dengan sebaiknya sepanjang tempoh pengajian.Harus diingatkan bahawa saudara dan saudara adalah pelajar yang terpilih daripada beribu-ribu pelajar yang berada di Malaysia dan menjadi tanggungjawab kita belajar besungguh-sungguh di sini.Saya berharap saudara dan saudari dapat menanam niat datang ke Jepun ini untuk belajar demi agama,bangsa dan negara.Jika niat kita baik maka ganjaran baik yang akan kita peroleh.Jika niat kita tidak betul maka rugilah kita.Saya juga tidak kata salah kalau ada kawan kita datang sini hendak beli kereta ataupun melancong kerana ia adalah hobi masing-masing dan orang kata hidup hanya sekali sahaja.Tapi harus jangan dilupa niat penting kita datang sini untuk menuntut ilmu .Adalah amat sedih sekali kalau ada kawan kita yang terpaksa mengulang pengajian ataupun tidak sempat menamatkan pengajian dan sebagainya.
Selain itu,banyakanlah berinteraksi dengan pelajar-pelajar di sini kerana dalam masa yang sama dapat meningkatkan lagi kemahiran kita bertutur bahasa Jepun.Adalah amat rugi sekali kalau dalam 4 tahun kita tidak mampu bertutur bahasa Jepun dengan fasih.Harus diingatkan bahawa kita juga berperanan sebagai duta kecil Malaysia di sini,jadi jangan malu untuk bercerita mengenai budaya negara kita dan sebagainya.Selain itu hormatilah senior-senior yang ada di sini.Ini kerana budaya di Jepun amat menitik berat hubungan senior dan junior.Kalau ada masalah dan sebagainya jangan segan untuk bertanya kepada senior kerana mereka lebih banyak tahu tentang selok belok di sini.
Sampai di sini sahaja pesanan saya kali ini.Sekali lagi saya ingin mengucapkan tahniah kepada kohai tachi.Sebelum terlupa kepada pelajar-pelajar baru yang berada di hokuriku,sambutan pelajar-pelajar baru akan diadakan di Nagaoka University pada bulam April ini.Maklumat terperinci akan di”update”dalam masa terdekat.Sayonara
salam Wan Shobri. nama saya mahyuddin. saya ingin dapatkan sedikiy maklumat berkenaan dgn peluang peluang belajardi Jpn. apakah jenis jenis kursus yg ditawarkan dan berapakah anggaran kos pengajian dan sara hidup di jpn sekarang ni. harap respon ya. Thanx.
By: mahyuddin md zahari on March 28, 2010
at 2:18 am
salam mahyudin..terlebih dahulu minta maaf banyak2 sbb lambat reply..
Kalau private,saya tak tahu sangat berapa kos belajar d cn..saya pn lucky sbb dpt scholar kat cn.
Di sini JPA hanya menawarkan kursus kejuruteraan sahaja spt mechanical,electrical,chemical etc
tp kalau tajaan Petronas atau Mara saya x tahu sgt..mengenai kos hidup di cn mmg mahal..so kalu ada masa kosong kn lah pikir cari duit sendiri spt buat part time job dan lain2…
By: MSAJ Hokuriku on April 16, 2010
at 10:29 am