Persatuan Pelajar Malaysia Nagaoka (MADINA)
Nagaoka Universiti of Technology
Nagaoka
Wakil Pelajar Universiti
MSAJ Kawasan Hokuriku 14 APRIL 2010
Saudara/Saudari,
JEMPUTAN KE MAJLIS “HOKURIKU KANGEIKAI 2010”
Merujuk perkara di atas, kami Persatuan Pelajar Malaysia di Nagaoka University of Technology dengan ini berbesar hati untuk menjemput saudara-saudari sekalian ke majlis Hokuriku Kangeikai 2010 yang dijadualkan berlangsung di university kami.
2. Berikut adalah butir-butir mengenai majlis :
Tarikh : 24 April 2010
Tempat : International Student House, Nagaoka University of Technology
Masa : 10 pagi – 4 petang
Yuran : 500 Yen
3. Penyertaan adalah DIWAJIBKAN untuk pelajar “Daigaku” dan juga “Kousen” yang baru sahaja mendaftar masuk ke institusi masing-masing pada tahun 2010. Ini kerana, pendaftaran untuk Persatuan Pelajar Malaysia Di Jepun (MSAJ) akan turut diadakan disamping majlis kangeikai. Sila hubungi kami untuk bilangan pelajar yang akan hadir sebelum Ahad (18 April 2010).
4. Aktiviti Riadah dan Sukan ( Volleyball bagi lelaki dan Badminton bagi perempuan) akan turut diadakan. Oleh itu, diharap peserta majlis akan membawa pakaian sukan yang sesuai dan juga peralatan sukan (raket) masing-masing.
5. Pembabitan saudara-saudari amat penting untuk memastikan ikatan ukhwah di antara pelajar-pelajar Malaysia kawasan Hokuriku ini akan lebih erat lagi di samping kita meraikan kedatangan ahli baru yang akan meneruskan pengajian di Jepun ini.
6. Sekiranya ada sebarang masalah boleh diajukan kepada pihak kami. Semoga majlis ini akan berjaya dan meriah dengan kehadiran saudara dan saudari sekalian.
Sekian, Terima Kasih
Yang Menjalankan Tugas,
(ZA’IM IMRAN BIN MESKAM)
Setiausaha 1,
Persatuan Pelajar Malaysia Nagaoka(MADINA)
H/P : 090-6627-2988
Email : Zaimran@gmail.com
Y/M : Saiyaman_88@yahoo.com
Salam dan Selamat Sejahtera
Saya dengan rendah hati ingin memberi cadangan supaya volleyball ditukar ke futsal bagi lelaki.
Harap pihak Nagaoka dapat pertimbangkan cadangan ini.
Sekian,terima kasih.
By: ah pai on April 16, 2010
at 12:30 pm
Nak hantar kereta ke Malaysia? Kami boleh uruskan kereta yang anda hantar di pelabuhan Klang. Caj kami sehingga kereta dikeluarkan hanyalah RM1500. Kereta anda boleh keluar dalam masa 2 minggu. Sila email.
By: Abe on September 27, 2010
at 11:46 pm